United States Visa Applications
Kami menawarkan penilaian VISA percuma untuk membantu pelawat dengan destinasi Amerika Syarikat,,untuk memilih jika mereka layak untuk masuk ke Amerika Syarikat dibawah Program Pelepasan Visa atau jika mereka perlu memohon VISA. Lawan sesawang ini beroperasi dibawah syarikat persendirian, dan tidak dimiliki oleh Kerajaan Amerika Syarikat. Kami tidak mengeluarkan visa ESTA mahupun VISAS.

Permohonan Visa Amerika Syarikat termasuk:

  • Arahan terperinci bagaimana untuk melengkapkan boring permohonan
  • Maklumat kelayakan visa Amerika Syarikat
  • Maklumat Visa untuk pelancongan, kerja dan tujuan perubatan
  • Persiapan untuk menghadiri temuduga visa di Kedutaan Amerika Syarikat atau Konsulat
  • Senarai soalan temuduga visa paling biasa ditanya
  • Bagaiman melanjutkan tempoh menetap di Amerika Syarikat setelah anda sampai
  • Bagaimana untuk menukar status anda di Amerika Syarikat setelah anda sampai
  • Maklumat Pelepasan Visa termasuk senarai negara terpilih

Proses permohonan visa Amerika Syarikat boleh mengambil masa berminggu atau berbulan bergantung kepada sejauh mana cepatnya anda dapat membuat temu janji dengan Kedutaan Amerika Syarikat atau Konsulat. Anda disarankan untuk memulakan proses permohonan seawall mungkin. Anda boleh memohon visa Amerika Syarikat meskipun anda tidak merancang untuk melawat Amerika Syarikat dalam masa terdekat. Anda tidak perlu untuk memberikan tarikh perjalanan yang sebenar apabila anda memohon visa tersebut. Visa Amerika Syarikat biasanya sah dari 1-10 tahun.

MAKLUMAT PEMBAHARUAN VISA AMERIKA SYARIKAT

Kelayakan bagi Visa Pelancong Amerika Syarikat

Amerika Syarikat tidak menyediakan proses pembaharuan visa B-1 atau B-2 secara formal di kedutaan atau konsulatnya. Sebaliknya, sebarang pembaharuan atau lanjutan visa dianggap sebagai permohonan visa yang baharu dengan prosedur permohonan dan syarat-syarat yang sama dipakai seperti mana permulaan visa. Menghantar permohonan untuk visa B-1 atau B-2 yang baharu melayakkan pembaharuan visa.

Kedutaan Amerika Syarikat atau Konsulat yang terpilih walaubagaimanapun mempunyai Prosedur Visa Guna Semula dan Keluaran Semula, yang mempercepatkan proses permohonan untuk visa pelawat apabila pemegang telah mempunyai satu visa sebelum ini. Tatacara prosedur ini boleh didapati dalam Panduan Permohonan Pembaharuan Visa.

Kelayakan dan Syarat-syarat Untuk Pembaharuan Visa

Tiada sebarang halangan dalam pembaharuan visa pelawat Amerika Syarikat: Oleh kerana tiada proses tertentu untuk pembaharuan visa, mana-mana pelawat yang memegang atau telah memegang visa pelawat Amerika Syarikat boleh menghantar permohonan untuk visa yang baharu.

Permohonan visa yang seterusnya walaubagaimanapun boleh dipercepatkan atau melibatkan kurang syarat-syarat, lebih-lebih lagi bagi pelawat yang telah mempunyai rekod positif dengan memegang visa Amerika Syarikat selama beberapa tahun dan melawat Amerika Syarikat pergi dan balik tanpa melanjutkan terma visa mereka. Temuduga visa boleh dikecualikan, dan prosedur percepatan khas boleh disediakan di kedutaan dan konsulat yang terpilih dibawah Prosedur Visa Guna Semula dan Keluaran Semula.

Bolehkan saya melakukan perjalanan sekiranya visa saya sah tetapi passport saya telah tamat tempoh?

Visa sah sehingga tarikh tamat tempohnya kecuali ia telah dibatalkan. Visa pelawat Amerika Syarikat yang sah yan terdapat dalam passport yang tamat tempoh boleh digabungkan bersama dengan visa anda yang baharu dan sah, dan masih boleh digunakan untuk masuk ke Amerika Syarikat. Untuk arahan tertentu tentang perjalanan dengan visa yang sah di dalam passport yang tamat tempoh, rujuk Panduan Permohonan Pembaharuan Visa.