United States Visa Applications
Kami menawarkan penilaian VISA percuma untuk membantu pelawat dengan destinasi Amerika Syarikat,,untuk memilih jika mereka layak untuk masuk ke Amerika Syarikat dibawah Program Pelepasan Visa atau jika mereka perlu memohon VISA. Lawan sesawang ini beroperasi dibawah syarikat persendirian, dan tidak dimiliki oleh Kerajaan Amerika Syarikat. Kami tidak mengeluarkan visa ESTA mahupun VISAS.

POLISI PRIVASI

 

USAvisa.com (“laman sesawang kami” atau “laman sesawang ini”) mengambil serius perlindungan maklumat peribadi anda. Oleh sebab itu, Polisi Privasi ini menerangkan secara mendalam apa maklumat yang kami kumpul dan mengapa, bagaimana kami gunakannya dan apa pilihan bagi anda mengenai maklumat bukan peribadi dan peribadi anda.

Maklumat peribadi diperoleh hanya jika anda memilih untuk menghubungi kami, manakala maklumat bukan peribadi diperoleh secara automatik ketika anda berada dalam laman sesawang kami. Dengan menggunakan laman sesawang kami, anda menerima praktis yang diterangkan dalam Polisi Privasi ini.

Jika anda ada sebarang soalan mengenai polisi kami, sila terus hubungi kami di info@usavisa.com atau terus telefon kami di +1888-380-8623.

Maklumat Bukan Peribadi

Ketika anda melawat laman sesawang kami, kami mengumpul beberapa maklumat bukan peribadi, termasuk nama domain yang anda gunakan (.com, .ede), laman sesawang rujukan (halaman rujukan atau mesin pencari), halaman yang anda lawati, tarikh dan masa anda mengakses laman sesawang tersebut, jenis pelayar yang anda gunakan dan dari negara mana anda masuk ke laman sesawang kami. Maklumat ini membolehkan kami menjadikan laman sesawang kami lebih mesra pengguna dan menjadikan pengalaman anda melayari laman sesawang kami lebih baik. Kami hanya mengumpul data yang lebih besar untuk membantu meningkatkan tahap fungsi laman sesawang dan perkhidmatan kami.

Maklumat Peribadi

Kami hanya boleh mengumpulkan maklumat peribadi anda apabila anda memberikan maklumat yang sama secara sukarela, namun dengan berbuat demikian, anda memberikan kami kebenaran untuk menggunakan maklumat ini bagi tujuan yang dinyatakan. Kami menggunakan maklumat peribadi anda hanya untuk memberikan anda maklumat yang telah diminta atau untuk memberi respon kepada mesej anda.

Bagaimana untuk Menghubungi Kami

Anda boleh berkongsi maklumat peribadi anda menerusi emel atau ketika dalam talian telefon. Kami menggunakan maklumat yang diberikan untuk memberi respon kepada permintaan anda dan meningkatkan perkhidmatan yang kami sediakan kepada anda. Dalam kes tertentu, kami akan menghantar emel anda ke agensi kerajaan Amerika Syarikat, jika kami menyimpulkan bahawa perkhidmatan mereka akan memenuhi keperluan anda.can share your personal information via email or during a phone call. We use the provided information to respond to your request or improve the service we provide to you. In some cases, we may forward your email to the U.S. government agency, if we conclude that their service can fulfill your requirements.

Perlindungan Maklumat dan Tiada Perkongsian Maklumat

Keselamatan maklumat sulit anda adalah perkara terpenting untuk kami. Oleh sebab itu, kami mempunyai prosedur ketat yang menjaga data anda. Kami mengambil langkah administratif, teknikal dan berorganisasi untuk melindungi maklumat anda. Namun, penghantaran data menerusi internet tidak akan pernah 100% selamat dan jika anda mempunyai sebarang sebab untuk mempercayai bahawa keselamatannya telah dicabuli, sila maklumkan kepada kami dengan segera. Sila maklum bahawa kami tidak terlibat dengan mana-mana keahlian yang terikat dan tidak akan mendedahkan maklumat peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga bagi apa-apa sebab, kecuali menurut arahan mahkamah.

Maklumat yang diambil dari Cookies

Cookies adalah fail teks yang disimpan oleh laman sesawang dalam peranti anda (tablet, telefon pintar atau komputer) dan ia digunakan untuk mengesan maklumat apabila anda melawat laman sesawang.

Terdapat dua jenis cookies:

Sesi: Cookies sesi kekal ketika pelayar anda masih terbuka. Apabila anda menutup pelayar, cookies itu akan terpadam. Cookies sesi biasanya digunakan bagi tujuan teknikal dan untuk membantu pemilik laman sesawang untuk meningkatkan fungsi laman sesawangnya.

Pengulangan: Cookies yang berulang-ulang akan disimpan dalam cakera keras pengguna dan tidak akan dipadam jika anda menutup pelayar anda. Ia digunakan untuk menentukan jumlah lawatan khas ke laman sesawang.

Anda hanya perlu menutup cookies anda pada pelayar anda dan anda akan masih boleh untuk mengakses semua maklumat, namun fungsi laman sesawang mungkin berubah. Sila maklum bahawa selepas anda menutup cookies anda pada pelayar, ia akan memberi kesan kepada semua laman sesawang.

Bagaimana untuk Memadam Cookies

Pelawat yang menggunakan laman sesawang kami boleh memadam cookies yang berada dalam komputer mereka dengan memadam cookies pada pelayar mereka. Pelayar yang berbeza mempunyai prosedur yang berbeza, namum prinsip tetap sama. Jika anda perlukan arahan spesifik untuk memadam cookies, sila lawati pautan ini.

Malumat dari pelawat yang menghubungi kami menerusi emel akan terpadam secara automatik selepas 90 hari. Walaubagaimanapun, jika anda mahu kandungan emel anda dipadam lebih awal, sila terus hubungi kami.

Tempoh Simpanan

Kecuali jika satu tempoh simpanan diperlukan atau dibenarkan undang-undang, kami hanya menyimpan maklumat sulit anda selama tempoh yang diperlukan bagi tujuan yang telah digariskan secara spesifik dalam polisi ini.

Pindahan Rentas Sempadan

Kami boleh menyimpan dan memproses maklumat peribadi anda di mana-mana negara yang mempunyai fasiliti. Dengan menggunakan laman sesawang kami, anda membenarkan kami untuk memindahkan maklumat ke mana-mana negara luar dari negara anda menetap.

Maklumat Sensitif

Kami menyarankan agar anda elak dari menghantar kami maklumat sensitif, seperti pendapat politik, etnik asal, latar belakang jenayah, kesihatan, dsb.

Pautan Luar

Semua pautan luar di laman sesawang kami hanya bertujuan untuk memberi maklumat lanjut mengenai perkhidmatan kami atau laman sesawang lain yang kami sarankan. Kami tidak meluluskan atau menyokong mana-mana produk atau pautan pihak ketiga. Kami tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau perkhidmatan mana-mana laman pihak ketiga dan sangat menyarankan untuk anda membaca terma dan syaratnya sebelum membuat sebarang tindakan. Jika anda masuk ke laman sesawang kami melalui laman sesawang pihak ketiga, sila maklum bahawa kami tidak terlibat dengan apa-apa dari laman sesawang berkenaan. Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa perkhidmatan atau penggunaan kandungan dalam laman sesawang tersebut. Sekali lagi, kami amat menyarankan agar and abaca terma dan syarat mereka sebelum membuat sebarang keputusan. Semua pautan luar kami telah disemak untuk memastikan mereka bebas dari pelanggaran berkanun, namun kami tidak bertanggungjawab sekiranya pelanggaran itu wujud.

Kerahsiaan

Kami tidak kongsi maklumat anda dengan pihak ketiga. Kami beroperasi bersama dengan syarikat penghosan terkemuka dalam memastikan data anda selamat dan dilindungi.

Perubaha Pada Polisi Privasi

Kami berhak menukar kandungan Polisi Privasi pada bila-bila masa jika keadaan memerlukan perubahan. Bila dan jika kami membuat sebarang penukaran tambahan, kami akan meletakkan tarikh, jadi anda boleh menyemak tarikh penukaran terakhir yang dibuat dari semasa ke semasa untuk memastikan anda sentiasa peka dengannya. Dengan menggunakan laman sesawang kami, anda setuju dengan Polisi Privasi kami. Jika anda mempunyai soalan berhubung dengan Polisi Privasi kami, sila hantarkan emel kepada pasukan khidmat pelanggan kami di: info@usavisa.com

Penafian

Meskipun kami telah mengambil segala tindakan untuk menyediakan maklumat yang lengkap dan tepat, kami tidak dapat memberi jaminan bahawa tiada kesalahan akan berlaku. Selain itu, usavisa.com tidak boleh dipertanggungjawabkan dari segi undang-undang mahupun dengan cara yang lain terhadap kebergunaan dan ketepatan maklumat dalam laman sesawang kami. Kami menggunakan perisian khas untuk mengelakkan cubaan tidak berautoriti untuk masuk ke laman sesawang kami dan menggunakan maklumatnya. Cubaan tidak berautoriti untuk menukar sebarang maklumat adalah sangat dilarang. Kami hanya boleh berkongsi maklumat anda dengan pegawai penguatkuasa undang-undang yang diiktiraf.

Kemas kini terakhir: 9 Ogos 2016